DAP Penang Berhentikan Kakitangan Awam?

SATU PENGHINAAN – CUEPACS

Utusan Malaysia
Oleh MOHD. AZRAIE MD. YUSOF
pengarang@utusan.com.my
23/8/2012

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Tindakan memberhentikan ramai kakitangan awam Melayu di Pulau Pinang mungkin ada kaitan dengan hasrat pembangkang untuk mengurangkan 30 peratus jumlah golongan tersebut di negara ini.Sehubungan itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman yang kesal dengan perkembangan terbaru tersebut menasihatkan kakitangan awam agar bijak membuat pilihan pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan nasib mereka terbela.

“Jika benar dakwaan kerajaan DAP Pulau Pinang telah membuang ramai pekerja (kakitangan awam) Melayu dalam pentadbirannya, maka hasrat pembangkang mengurangkan 30 peratus kakitangan awam mungkin menjadi kenyataan.”Tindakan itu langsung tidak boleh diterima dan ia merupakan satu penghinaan kepada kakitangan awam,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dakwaan ramai kakitangan Melayu diberhentikan kerja oleh kerajaan DAP Pulau Pinang ditimbulkan seorang wanita yang merupakan pekerja di sebuah jabatan kerajaan di negeri itu kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada sesi dialog di majlis Rumah Terbuka Bersama Perantau anjuran Pas kelmarin.Wanita yang enggan dikenali itu juga mempersoalkan kerjasama Pas dan DAP dalam konteks menjaga hak orang Melayu di jabatan kerajaan di bawah pentadbiran parti yang diketuai Lim Guan Eng.

Sebelum ini, Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan DAP akan mengurangkan kakitangan awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien jika parti itu memerintah.Abdul Hadi ketika menjawab soalan itu bagaimanapun dilihat seolah-olah menyokong tindakan diambil oleh rakan sekutunya apabila menyatakan tindakan tersebut adalah perkara biasa kepada setiap parti yang memerintah. –Cuepacs

****
Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan DAP akan mengurangkan kakitangan awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien jika parti itu memerintah.

Kata kuncinya di sini ialah, TIDAK EFISEN, tidak efisen bermaksud tidak cekap, tidak produktif, famili first, selalu MC, CRK, ponteng, datang lewat, cuti lebih daripada dipohon, ada bisnis luar, lepak lebih dari kerja, berkira kerja, pekerja tidak berkelayakan, A tak ada tapi jadi tukang ajar orang kasi dapat A, dalam erti kata lain, pekerja yang ada tak untung, tak ada pun tak rugi.

Anda mahukah membayar orang/ kakitangan yang tidak berfungsi dan tidak ada fungsi di dalam syarikat anda? Datang lepak main internet dalam lab atau tidur di stor setiap hari, sebab tidak ada kerja dalam bidangnya katanya. Atau datang lewat setiap hari sebab uruskan anak, kasi makan mandi hantar ambil sekolah baru datang kerja alasan famili first. Atau kerani bodoh yang tak tahu imbang duga buku akaun sampai kasi elaun kepada kedua laki bini selama 4 tahun, walaupun yang layak hanya salah seorang.

Kalau di sawsta anda diambil berdasarkan kebolehan buat kerja dan dikehendaki multi tasking bagi meminimakan kos dan mamaksimakan produktiviti, tidak kiralah apa bidang anda, sebab itu syarikat swasta boleh berjalan dengan hanya tiga orang kaki tangan. Syarikat kiter, hanya ada tiga orang kakitangan, merekalah staff sokongan, merekalah admin dan mereka lah tukang cuci. mereka hanya ada gaji, elaun, epf dan socso.

Ini dengan pencen, pinjaman perumahan, bonus tak kira cuaca ekonomi dan segala kemudahan pinjaman masih berkira kerja, buat bisnis luar, asyik lepak kantin dan berkira kerja, datang lewat balik awal sebab famili first, cakap banyak kerja malas, cakap tak jatuh pula tu.

Pemakan gaji buta adalah satu penghinaan bukan sahaja kepada negara malah diri sendiri!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s