Pendidikan Nasional Menuntut Keadilan

Pendidikan Nasional: Kegagalan besar MCA
Koon Yew Yin
TMI
21st August 2012

Bukan sahaja MCA mengecewakan sekolah-sekolah Cina malahan ia bersama-sama membantu dalam kemerosotan sistem pendidikan kebangsaan. Hari ini sekolah kebangsaan kita dibayangi bahasa mundur dan dogma agama, prestasi muram, standard yang rendah dan produk yang susah dapat kerja.

Tiada ibu bapa daripada kelas pertengahan atau menengah – sama ada Cina, Melayu, India atau daripada mana-mana ras masyarakat – mahu anak-anak mereka bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan dan sekolah menegah jika mereka ada pilihan. Malah, terus-terang, kebanyakan ibu bapa di Malaysia jika mereka ada pilihan akan mengelak sistem persekolahan kebangsaan seperti mengelak wabak penyakit.

Kehinaan peringkat kebangsaan ini mempunyai salah satu pemain utamanya, MCA, yang telah memegang portfolio Timbalan Menteri Pendidikan untuk berpuluh-puluh tahun. Bolehkah MCA tunjukkan inovasi pendidikan yang ia telah perkenalkan? Bolehkah MCA tunjuk apa-apa polisi pendidikan berdasarkan merit, keadilan, dan toleransi hasil usaha mereka sejak merdeka?

Mari lihat contoh, sistem biasiswa kerajaan. Sepanjang 40 tahun di bawah DEB, puluhan ribu jika tidak beratus-ratus ribu ibu bapa pelajar bukan Bumiputera yang mendapat keputusan SPM yang cemerlang telah mengadu wujud diskriminasi apabila anak-anak mereka telah ditolak permohonan mereka untuk biasiswa kerajaan.

Hanya selepas keputusan biasiswa diumumkan dan terdapat bantahan terbuka baru kita lihat ahli-ahli politik MCA buat-buat sibuk dengan bersama-sama dalam pergelutan dan membawa mangkuk untuk mengemis anugerah JPA dan lain-lain pihak berkaitan biasiswa.

Timbalan Menteri Pendidikan mungkin bagus dalam memberi ucapan di sekolah-sekolah Cina tetapi apabila waktu membantu menentukan hala tuju dasar pendidikan kebangsaan dalam bidang-bidang utama, kedudukannya adalah sekadar budak pejabat.

Saya menulis tentang perkara ini dari pengalaman peribadi. Saya telah memberi biasiswa kepada lebih daripada 100 pelajar miskin. Sesetengah daripada mereka adalah benar-benar cemerlang tetapi mereka tidak dapat biasiswa Kerajaan. Contohnya, Wan Pui Yee dengan 12A dalam SPM tetapi tidak dapat biasiswa kerajaan.

Mari kita lihat satu lagi contoh menyedihkan dalam sistem pendidikan. Penubuhan sistem kolej matrikulasi telah mendiskriminasi bukan bumiputera yang layak. Universiti awam Malaysia menawarkan program matrikulasi satu tahun. Kursus-kursusnya sebahagian besarnya disediakan untuk Bumiputera dan khabarnya mempunyai standard yang lebih mudah, dalam syarat kelayakan dan peperiksaan akhir untuk masuk ke universiti.

Berbeza dengan apa yang pelajar-pelajar bukan Bumiputera hadapi kerana mereka dikehendaki untuk menduduki STPM yang lebih sukar dalam tingkatan 6 selama dua tahun.

Justeru, wujud dua jalan bagi pelajar-pelajar yang ingin memasuki universiti tempatan, satu melalui sukatan pelajaran yang mudah dan syarat kemasukan yang lebih rendah, yang satu lagi pula lebih susah. Jadi bagaimana sistem ini boleh wujud jika MCA tidak bersama menjadi aksesori kepada jenayah pendidikan ini!

Peraturan tidak bertulis bahawa Bumiputera perlu diberi peluang di atas pengorbanan bukan Bumiputera, memusnahkan perpaduan sosial dan pembangunan sumber manusia yang berkualiti. Ia adalah satu bentuk pelaburan pendidikan rendah moral dan tidak boleh diterima, di mana MCA telah menjadi satu bahagian daripadanya.  Baca seterusnya —Blog Tn LKS dan —TMI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s