Menteri beli PHd?

Menteri Besar Perlis perjelas isu PhD miliknya

“Ada yang kata saya beli PhD sedangkan saya bertungkus lumus belajar untuk mendapatkannya. Ia bukan sesuatu yang mudah,” kata Md Isa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bintong.

Md Isa yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis berkata, mungkin ada pihak yang tidak senang dengan jawatan Menteri Besar yang disandangnya menyebabkan mereka membangkitkan perkara itu selepas 10 tahun.

“Sebelum ini saya tidak menjawab komen mengenai perkara ini kerana tidak ingin memanjangkannya namun ada pihak menasihati supaya memberi penjelasan mengenainya,” katanya.

Md Isa berkata, Newport University yang mendapat pengiktiran ISO 9001:1994, EN ISO 9001:1994 dan ANSI/ASQC Q9001:1994 daripada Llyod’s Register Quality Assurance Limited (LRQA) kini telah dijenamakan semula dengan nama baru sebagai Janus University mulai 2011. –TMI//

Beliau lupa sebut bahawa anugerah ISO 9001:1994, EN ISO 9001:1994 dan ANSI / ASQC Q9001: 1994 ialah untuk sistem perakaunan mereka di Latvia, dan bukan kualiti pendidikan on-line mereka di California.

Untuk keterangan lanjut mengenai Universiti tersebut sila rujuk link ini, http://wiki.answers.com/Q/Is_Newport_university_a_good_university

Habis cerita beliau jom lihat mahasiswa biasa yang memenuhi segala macam IPT sekarang ini kebanyakan pembohong! sedikit sahaja yang betul.

Zaman sekarang dengan hanya beberapa RM boleh mendapatkan ijazah, tambah beberapa RM lagi anda boleh mendapatkan Sarjana, dan hanya beberapa RM lagi anda boleh mendapatkan PhD daripada mana-mana Universiti.

Dengan syarat bayar “yuran”, kemudian hadir kuliah atau minta kawan tanda tangan, tiru atau upah orang buat kerja kursus, hadir periksa, maka anda akan dapat degree, master dan PHd dalam beberapa semester. Paling best, bukan anda bayar, rakyat bayar melalui PTPTN, biasiswa dan lain-lain, bila keluar anda culas mahu bayar balik, cantek.

Ya kiter cakap betul, kalau tidak masakan orang akademik hancur boleh masuk IPT dan dapat degree? Ada 3A, 5 kredit, 3 kredit, SPM gred 3, logikkah mereka ini mampu buat dengree dengan kepandaian sekadar 3A ke bawah?!

Dan Mahasiswa sebenar, perhatikan kawan anda yang asyik layan blog, game, download movie, bercinta, buat klip 3gp, sibuk dengan hal bukan akademik 24/7, hanya study dekat-dekat mahu exam, mereka boleh dapat kertas (degree) tapi mustahil dapat kemahiran.

Cubalah lihat graduan sekarang ini hanya boleh berbangga sekadar ada degree (kertas) tapi tiada kemahiran dalam bidang yang dipelajari.

Buktinya berapa ramai graduan jurutera cuba bekerja dalam bidang kejuruteraan akhirnya surrender, kerana tidak pandai (walaupun tidak mengaku) dan akhirnya masuk kerja gomen bukan dalam bidang mereka, begitu juga bidang law, arkitek, akauntan dll.

“Walaupun aku jadi PT aku ada degree la weh.”

Mereka boleh kelentong rakan sekerja mereka dan berbangga dengan sehelai kertas yang tiada guna itu, tapi kalau jumpa orang yang tahu pasti kena kutuk kaw kaw.

dan berapa ramai pemegang kertas ini yang masih main tek dan telur di rumah tunggu mahu masuk gomen kerana tidak mampu bekerja swasta jauh sekali nak berdikari.

Jika diuji atau dipersoal kenapa bekerja luar bidang? Maka bermacam-macamlah alasan merapu keluar;

1. Minat sejak kecil.

2. Lupa, sebab dah lama tinggal.

3. Nak selamatkan bidang ini kerana selama ini dikuasai oleh orang yang tidak layak.

dan beribu macam alasan lagi. Selagi bidang akademik tidak diasingkan daripda perkauman (kuota) dan disandarkan kepada merit (jumlah A) sepenuhnya maka wujudlah lambakan PHd versi UMNO, Pakai Hentam degree (PHd).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s