Tok Guru Fatwa Haram DAP dapat 2 Juta

Pelajar hanya 25 tetapi dapat RM2juta -Harakahdaily

Dengan memiliki hanya 25 pelajar lelaki, Madrasah Al-Najmiah atau Pondok Genting mendapat sumbangan RM2 juta dari Jabatan Pembangunan Persekutuan semalam, 14 Ogos. —Harakahdaily //

Ada beza antara Ustaz dan tukang baca doa. Tahukah anda perbezaan seorang Ustaz dan seorang tukang baca doa?

Kisah 1: Peristiwa ini berlaku di Sabah, seorang pelajar dapat 3 SPM, kerana malu bapanya menghantar nya ke Jordan.

Terkejut guru-gurunya bila tahu dia yang dapat 3 dapat pergi Jordan.

Akhirnya dia grad dan bekerja dengan gomen le mana lagi, kepala jabatannya sudah dapat membezakan yang dia ini bukan ustaz tetapi tukang baca doa apabila disuruh beri tazkirah dia hanya pandai mengulang apa yang dia hafal di dalam buku tapi tidak pandai mengulas dan mengaitkan dengan isu semasa datang orang cerita masalah hanya tahu jawab sabar, sabar, sabar (sebenarnya tak tahu selesai masalah kerana dia iq rendah).

Sekarang dia gembira sebagai tukang hafal dan baca doa di mejelis-mejelis tempat dia kerja.

Kisah 2: Pada tahun 1992 di kg Keladi, seorang murid bodo iq rendah telah dapat teruk dalam UPSR, (akdemiknya mmg teruk dari darjah 1). Ayah murid tersebut berasa malu kerana kawan-kawan yang lain dapat masuk sekolah berasrama manakal murid bodo ini hanya layak sekolah biasa.

Untuk menutup kemaluan bapanya menghantarnya ke SM panascanic di Penang yang mengambil glamer nama sekolah yang masyhur iaitu SM panasonic, sekolah panascanic memang terkenal kerana murid bodo yang masuk di situ tiba-tiba boleh skor dalam PMR dan SPM sedangkan UPSR mereka begitu teruk, pst pst, ada orang kata hasil tambah markah.

Tak tahulah benar atau tidak, SPM 97 budak terkenal lemah akademik dan tak skor UPSR ini tiba-tiba mendapat 11 aggregat dengan Math dapat 1! akhirnya dia berjaya masuk UIA.

6 tahun kemudian budak ini telah grad dan kerja mana lagi gomen la, ketua di tempat budak ini pun boleh kesan juga, ketika tazkirah dia hanya tahu mengulang balik apa yang dihafalnya saja, ideanya tidak tersususn dan lansung tidak berkait antara satu sama lain malahan makin hujung makin jauh dari tajuk seolah-olah apa yang teringat itu yang disebut.

Bila disuruh ajar kelas tambahan matematik dia menolak dengan alasan sudah lupa, walaupun dia dapat 1 SPM dulu hmmm mencurigakan.

Akhirnya dia gembira menjadi tukang hafal dan baca doa di mejelis-mejelis di permatang laut di utara tanah ayer.

Kisah 3: Imam abu hanifah menjawab soalan puak atheis;

Atheis: “ Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya ( iaitu selepas dihisab oleh Allah taala di padang Mahsyar) namun bilamana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya ( maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)??”

Al-Imam Abu Hanifah : “ Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor . Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.

Al-Imam tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan. Kemudian Beliau menyambung bicaranya : “ Nah , kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu”.

Daripada ketiga-tiga cerita di atas anda boleh bezakan dua kisah tukang baca doa dan satu kisah Ustaz.

Kebolehan Imam Abu Hanifah dalam creative thinking dan problem solving membuktikan beliau seorang Ustaz yang sebenar dan membezakan beliau dengan tukang baca doa.

Sebab itulah title Ustaz harus di jaga, tidak cukup jika orang itu course agama lantaran diberi title Ustaz tanpa diuji dahulu kelayakannya, sebab mana tahu dia masuk IPT pakai kuota kerana SPM hanya serendah 3A?

Semua orang wajib belajar agama tapi produknya berbeda-beda,

1. ketua diri sendiri atau ketua keluarga, wajib bagi semua orang muslim

2. tukang hafal dan baca doa kerja makan gaji dihantar jauh tak mahu, segera minta tukar balik bawah ketiak mak

3. orang sesat, baru dengar ceramah di radio, youtube, masjid dsb tiba-tiba boleh ceramah syok sendiri siap tunding jari orang ini tak betul orang itu tak betul ikikiki

4. ustaz dan ulamak, penyelesai maslaah umat dan pendakwah sanggup berpayah untuk menyebarkan Islam.

kesimpulannya kita rakyat jangan pukul rata semua yang bercakap pasal agama itu ustaz, kadang-kadang dia syok sendiri saja sebab baru baca atau dengar satu topik di internet lantas nak menunjuk kat orang konon dia tahu bab agama walaupun dulu hanya ambil pendidikan Islam dalam rumi pula tu ikikiki.

Kita harus pandai bezakan mana ulamak dan mana alamak.

3 thoughts on “Tok Guru Fatwa Haram DAP dapat 2 Juta

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s