Dr M Pertahan PATI Sabah?

Dr M mempertahankan ledakan populasi Sabah
TMI
8 OGOS 2012

KUALA LUMPUR, 8 OGOS- Tun Dr Mahathir Mohamad telah mempertahankan peningkatan pendatang di Sabah, katanya mereka layak untuk menjadi warganegara kerana mereka telah tinggal di Malaysia selama beberapa dekad dan fasih berbahasa Malaysia.

Ucapan ini dibuat di saat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak cuba untuk menghalang potensi untuk lompat parti di Sabah kerana isu pendatang haram, selepas 2 ahli parlimen Barisan Nasional (BN) melompat baru-baru ini atas alasan kerajaan persekutuan tidak serius menyelesaikan isu warga asing di negeri itu.

Beberapa ahli politik pembangkang telah menyalahkan Dr Mahathir akan pertumbuhan bilangan pendatang tanpa izin di Sabah, merujuk kepada fakta bahawa populasi negeri itu melonjak semasa beliau menjadi perdana menteri.

Tetapi Dr Mahathir, yang merupakan perdana dari tahun 1981 sehingga tahun 2003, menulis dalam blog beliau bertujuan untuk mempertahankan kenaikan penduduk Sabah.

“Mereka adalah orang-orang India, Arab, Indonesia dan juga Turki dan Eropah yang kita terima sebagai pribumi oleh kita semua.

“Atas asas sudah lama tinggal di sini dan menguasai bahasa kebangsaan, mereka layak untuk menjadi rakyat negara ini. Dan memperoleh kewarganegaraan.

“Sebagai perbandingan, kita mempunyai ramai rakyat yang tidak boleh bertutur bahasa kebangsaan tetapi diterima sebagai warga negara. Dan kita masih memberi kerakyatan kepada orang asing yang ingin menjadi rakyat Malaysia dengan syarat mereka telah tinggal di negara ini selama 10 daripada 12 tahun, fasih berbahasa kebangsaan dan mengangkat sumpah setia kepada negara.

“Jadi mengapa tidak boleh pendatang ke Sabah yang mempunyai kelayakan-kelayakan ini diterima sebagai warganegara? Bantahan kewarganegaraan mereka ini seolah-olah bermotifkan politik,”katanya. —TMI//

Nampaknya beliau sendiri dah mengaku, apalagi Najib, Hisham, PDRM, budak tingkat 4, hantarlah KOMANDO Malaysia yang masyhur di dunia tu untuk tangkap beliau. Tak perlu RCI lagi.

Menurut kenyataan beliau syarat menjadi warga negara ialah tinggal lama di sini dan fasih berbahasa kebangsaan. maknanya PATI Indonesia, bangladesh, pakistan, afghanistan, Tausug yang curi tinggal di negara ini berpuluh-puluh tahun bolehlah mengundi PRU nanti.

Sedarkah!

PATI bawa masalah sosial dan masalah keselematan. Singapura mengambil rakyat kita yang pandai dan berbakat manakala kita memberi kerakyatan kepada PATI yang miskin dan tidak sekolah.

Tidak cukupkah rakyat kita yang tidak pandai berdikari masuk IPT harapkan kuota sebab hanya dapat 3A dalam SPM, nak cari makan harapkan kerja gomen sebab degree hanya hiasan ilmu tak ada, nak berniaga harapkan tender tertutup?

Kenapa PATI boleh jadi bumiputera asal beragama Islam, manakala bukan Melayu yang majoriti bayar cukai selama 3 ke 4 generasi masih dianggap pendatang?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s