Bolehkah Mahathir Ubah Perlembagaan Sesuka Hati

Tun M: Pengisytiharan negara Islamnya bezakan beliau dengan DAP
TMI August 10, 2012

KUALA LUMPUR, Aug 10 — Tun Dr Mahathir mengingatkan orang ramai hari ini
akan tindakan beliau mengisytiharkan Malaysia negara Islam pada tahun 2001
semasa beliau masih PM, di tengah ketidak puasan hati Pakatan (PR) kerana
penghukuman oleh Ulama’, DAP haram disokong oleh orang Muslim kerana parti
sekular itu menentang penubuhan negara Islam.

Dr Mahathir berkata, pendiriannya tidak bersetuju dengan hudud, yang
mengenakan hukuman berat seperti amputasi tangan jika mencuri, tidak boleh
disamakan dengan DAP.

“Soal hudud ini, hudud intrepretasi PAS. Itu kita tak boleh sokonglah.

“Tetapi saya telah isytiharkan Malaysia negara Islam. Negara luar juga
mengiktiraf kita sebagai negara Islam,” beliau berkata semasa diminta
mengulas fatwa Haram undi DAP.

Dr Mahathir mencetuskan kontroversi apabila mengisytiharkan Malaysia
negara Islam pada tahun 2001 sebagai langkah menyekat pengaruh PAS.

Tetapi komuniti bukan Islam kurang senang dengan pengisytiharan tanpa
maklumat lanjut itu, bimbang jika beliau maksudkan Malaysia sebuah negara
Islam teokrasi.–TMI//

Siapa pun boleh bercakap, tetapi semua orang tahu – perlembagaan kita
dengan jelas menyatakan Malaysia ialah negara sekular, dan parlimen kita
tidak pernah menambah atau mengubah keadaan itu untuk di luluskan Agung.
Negara islam hanya pendapat peribadi Mahathir. Muktamad. Dan kita tidak
bersetuju dengan beliau kerana bertentangan dengan perlembagaan.

Kiter masih ingat pada tahun 2001, hanya Kit Siang bangun menentang
pengisytiharan negara islam itu. Perlembagaan tidak pernah menyatakan
Malaysia negara Islam. Di mana suara MCA dan MIC pada tahun 2001 itu?

Trend terkini Ulama’ menyertai UMNO harus dipandang serius, selama ini
UMNO terkenal kerana kebijaksanaan mereka dalam politik tetapi sekular,
bayangkan jika suatu hari nanti geng Ulama’ yang dilatih UMNO meguasai
UMNO, Bijak politik + Alim Agama = ?, kalau mereka isytihar laksana hukum
hukumn Hudud pun MCA MIC mungkin akan diam seperti 2001.

Rakyat Malaysia yang patriotik mari kita pertahankan perlembagaan daripada
dimain-mainkan UMNO, pilih untuk perubahan, jom ubah PRU depan. Dalam bab
perbezaan agama ini cuba kita renungkan kata-kata DS Anwar Ibrahim di
London School of Economics (LSE) pada 18hb Mac 2010, The lamps are
different but the Light is the same (Hanya lampu berbeza-beza tapi
cahayanya tetap sama).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s