Berita gembira PLUS beri diskaun sempena raya

Diskaun, rebat tol hingga 37.5 peratus sempena hari raya

KUALA LUMPUR: Sebanyak 24 lebuh raya bersetuju memberi diskaun dan rebat tol antara 10 hingga 37.5 peratus bagi kenderaan kelas 1 sempena sambutan Aidilfitri dan ulang tahun kemerdekaan negara tahun ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata ini merupakan diskaun dan rebat tol tertinggi pernah diberi pengendali lebuh raya di negara ini.

“Bagi pengguna kenderaan kelas 1 yang menggunakan bayaran tol secara elektronik di lebuh raya di bawah kendalian PLUS Berhad, mereka boleh menikmati rebat tol sebanyak 30 peratus pada Rabu dan Khamis, dan pada 22 dan 23 Ogos.

“Manakala bagi lebuh raya lain seperti Lebuhraya Pantai Timur, pengguna akan menikmati diskaun tol di antara 10 peratus hingga 37.5 peratus bermula 18 Ogos hingga 21 Ogos, ” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke tapak cadangan pembinaan susur keluar bertol dari Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR) ke Jalan B149, Kundang, dekat sini, hari ini. –Bernama

****

Berita gembira kepala ayah korang.

Bayangkan rakyat yang jujur cari rezeki dibebankan dengan tol yang tinggi, duti kenderaan setinggi 300%, bil air syabas, minyak naik, servis yang tidak cekap dari jabatan kerajaan, sistem pendidikan dengan kebanyakan tukang ajar hanya dapat serendah 3A dalam SPM yang memaksa rakyat perlu kepada tuisyen atau masuk sekolah antarabangsa dengan yuran yang tinggi, perlu bayar konsultan asing untuk engineer, arkitek bangunan tinggi kerana IPT tempatan hasilkan pemegang kertas engineer, arkitek bukan seorang berilmu  engineer, arkitek dan harga rumah yang melambung.

Lebuh raya dan jalan bertol di Malaysia bermula pada tahun 1988, angaran terkini pengguna lebuh raya setiap hari ialah 7 juta kenderaan.

Jika satu kenderaan bayar RM1 bermakna PLUS terima sekurang-kurangnya RM7 juta sehari! dan sudah semestinya lebih dari itu kerana jika anda sesat di Kuala Lumpur boleh rabak poket anda kerana bukan satu tol yang anda akan jumpa dan tambahan pula setiap tahun kadar tol dinaikkan.

Dari tahun 1988 hingga kini bayangkan takkan belum habis-habis bayar kepada syarikat konsesi lebuh raya lagi, tambah membebankan lagi setiap tahun tol naik walaupun keuntungan PLUS dalam RM juta setiap hari! bukan bulan atau tahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s