3 lelaki didenda RM 700 tampal poster hina Guang Eng, Ambiga

 

3 lelaki didenda RM 700 tampal poster Guang Eng, Ambiga

6 Ogos 2012
KUALA LUMPUR – Tiga lelaki hari ini didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret
di sini atas pertuduhan menampal poster mengandungi gambar dan perkataan
berunsur penghinaan terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan
bekas presiden Majlis Peguam Datuk S.Ambiga.

Majistret Zulkpli Abdullah menjatuhi hukuman itu terhadap Muhammad Nizam
Ali, Hamzah Mahmood dan Shahir Saarani selepas mereka menukar pengakuan
bersalah hari ini.

Mahkamah turut memerintahkan ketiga-tiga tertuduh itu dipenjara 14 hari
sekiranya mereka gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun dua lagi, Mohd Norizam Che Othman, 31, dan Mohd Jamil
Jamaluddin, 36, yang dituduh di mahkamah dengan ketiga- tiga lelaki itu
pada 26 Mac lepas, mengekalkan pengakuan asal mereka kepada mengaku tidak
bersalah atas pertuduhan yang sama.

Muhammad Nizam, 24, kerani di sebuah hospital swasta, Hamzah Mahmood, 32,
pemandu kenderaan di sebuah syarikat perunding, Shahir Saarani, 30,
juruteknik, Mohd Norizam, 31, dan Mohd Jamil, 36, kedua-duanya peniaga,
didakwa bersama lima lagi yang masih bebas melakukan kesalahan itu dengan
menampal poster di tempat awam, mengandungi gambar dan perkataan seperti
‘Lim Guan Eng Racist’, ‘Lim Guan Eng Anti Melayu’ dan ‘Undi Ambiga Undi
Seks Bebas’ di Jalan Wan Kadir, Taman Tun Dr Ismail, di sini pada 3.40
pagi 4 Feb lepas. —SH

****

Semua penyangak ni ahli pencacai umnongok, denda rm700 boleh sahaja umnongok bayar, semua walengong.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s