Tweet Manoharan dan masalahnya

@mmanoADUN “Give Pakatan to rule Putrajaya to bring in the Gold in next Olympics in Rio 2016” and “Malaysia will win its first GOLD Medal in Olympics after Pakatan takes over Putrajaya.” —rujukan

****
Mesej Manoharan adalah manifestasi cemuhannya kepada rejim yang korup dari pelbagai segi termasuk dalam sukan. Lihat sahaja jumlah delegasi berbanding jumlah atlit termasuk seorang yang sedang mengandung. Kenapa majlis Olimpik Malaysia tidak lakukan sesuatu. Ia akan pasti akan masuk dalam Olimpik book of record nanti.

Mano mungkin tidak bijak berpolitik tetapi dia tidak salah sepenuhnya. Kalaulah PR yang memerintah,

Pemilihan atlet pasti tidak berasakan perkauman, maka lebih banyak bakat boleh dicungkil. kemudahan sukan lebih banyak dan canggih di seluruh negara kerana peruntukan lumyan kerana tidak diseleweng, sebatang pen RM14? kurang karenah birokrasi dan politik dalam sukan, macam sekarang lihat sahaja berapa kali BAM, FAM, KOAM bercakaran? manakala pemilihan tukang ajar PJ di sekolah berlatar belakangkan seorang atlet bukan pengalaman setakat main gelung masa pendidikan jasmani dulu, tapi masuk pusat latihan tukang ajar sebab nak kerja gaji tetap, hasilnya 15 tahun kemudian negara jiran mengalahkan Malaysia dalam pelbagai bidang sukan.

Tiada masalah sebenanrnya dengan tweet manoharan itu. Manoharan sebenarnya menghentam perbuatan korupsi dalam sukan oleh BN demi masa depan sukan yang lebih baik bagi Malaysia.

Pisahkan sukan daripada politik. Biar mereka yang pro ambil alih tanpa melibatkan fahaman politik.

Beri mereka mandat jangka pendek dan panjang dengan berorientasikan hasil (result oriented), pecat mereka jika setiap kali Malaysia tewas (tidak berhasil), biar orang baru ambil alih pula.

Masalahnya sekarang, bagaimana mahu pecat ahli politik dalam bidang sukan dan dinosaur dalam majlis Olimpik Malaysia dan ketua misi bila misi tidak tercapai, mereka terkenal mahu berkuasa sampai dah gayut, gila kuasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s