Mengapa Sekolah Antarabangsa Jadi Pilihan

Sekolah antarabangsa di Pulau Pinang
TMI  August 06, 2012

Orang kata bahawa pendidikan adalah jalan pengetahuan dan pendidikan yang baik adalah jalan terus kepada kejayaan.

Adalah tidak mengejutkan, bahawa keluarga berpendapatan sederhana dan tinggi di Pulau Pinang sanggup berbelanja antara RM3, 000 dan RM12, 000 bagi setiap semester untuk pendidikan anak-anak mereka, mewujudkan permintaan tinggi untuk sekolah-sekolah antarabangsa di negeri di utara ini dengan penduduk hanya 1.6 juta.

Namun, permintaan itu tidak melampau. Malah, ia boleh dikatakan bahawa pembatalan dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tahun lepas telah mendorong permintaan untuk sekolah-sekolah berbahasa pengantar Inggeris tempatan secara mendadak.

Juga, baru-baru ini pemansuhan kuota 40 peratus untuk enrolmen pelajar tempatan ke sekolah-sekolah antarabangsa meningkatkan lagi permintaan, dengan keluarga berpendapatan sederhana dan tinggi berebut untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa.TMI

***
Dahulu bahasa Arab adalah bahasa tamadun, orang barat dengan rendah diri berebut rebut belajar bahasa arab untuk ambil ilmu itu. Zaman sekarang bahasa inggeris adalah bahasa ilmu, siapa yang menguasai bahasa inggeris menguasai ilmu, lihatlah buku-buku rujukan untuk hampir semua bidang dari engineering ke human sciences semuanya dalam bahasa Inggeris.

Tak usah nak bandingkan dengan negara lain yang hasikan ilmu dan penemuannya sendiri. Bolehlah mereka gunakan bahasa sendiri kerana mereka rajin berfikir dan mengkaji seperti German, China dan Japan. Tapi Malaysia? Bercakap saja banyak, tapi kerja gomen juga, teknologi beli dari luar (dengan komisyen yang berbillion), ptui.

Kerajaan terutama Muhiyiddin, harus fikir secara mendalam, kenapa ibubapa sanggup membayar begitu mahal untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa? Mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan sistem pendidikan kita sekarang, tetapi mereka masih nak menegakkan benang basah.

Jelas sekali ibubapa sanggup berhabis wang ringgit untuk mendapat pendidikan berkualiti berbahasa Inggeris yang mereka sendiri dapat semasa 1969 yang mana selepas itu kerajaan hapuskan kerana sebab-sebab POLITIK. Lihat sahaja penguasaan bahasa inggeris pak cik dan mak cik produk pendidikan dahulu.

Selepas 42 tahun pendidikan berbahasa Malaysia, hasilnya anda boleh lihat sekarang, engineer, doktor, arkitek, lawyer dan semua professional kena import dari luar, produk Malaysia dilambak di sekolah dan jabatan kerajaan dan dalam klip 3gp, gagal duniawi dan moral hanya menang bercakap. Tidak perlu untuk nyatakan 1001 sebab kenapa sistem pendidikan kita merosot ke tahap yang begini teruk, inilah harga yang perlu dibayar kerana politik.

Orang-orang yang mendesak untuk sistem pendidikan berbahasa Malaysia pada masa yang sama menghantar anak-anak mereka ke sekolah berasaskan bahasa Inggeris samaada di dalam atau keluar negara.

Mereka tak apa, kaya dan berkemampuan, tetapi bagaimana dengan rakyat biasa? Berapa ramai yang mampu? Berapa ramai yang mampu berhabis untuk pendidikan berbahasa Inggeris untuk anak-anak mereka yang begitu mahal di sini?

Bila ada harapan untuk pendidikan lebih berkualiti dalam PPSMI untuk Math dan Science, ia dimansuhkan, mengecewakan ramai rakyat berpendapatan rendah. Alasan diberikan murid-murid susah mahu belajar, bullshit! Masalahnya ialah tukang ajarnya yang akademik hancur (SPM hanya 3A ke bawah). Satu-satunya negara kesedian tukang ajarnya boleh dipersoal, macammanalah orang bodoh nak ajar orang lain jadi pandai?

Tiba masanya kerajaan ketepikan politik dan kembalikan pendidikan berasaskan bahasa inggeris yang dihentikan pada 1970. Rakyat Melaysia yang sudah lama inginkan kembalinya pendidikan berkualiti tidak patut diketepikan hak mereka.

BN beri kita RM500 tapi jahanamkan sistem pendidikan kita, akhirnya, rakyat tak ada pilihan bagi mereka yang mampu boleh menghantar ke sekolah persendirian dan sekolah antarabangsa. Bagi mereka yang tidak mampu terpaksa terima sahaja sistem pendidikan ala kadar ini.

Adakah kerajaan perasan yang peningkatan kadar jenayah kini adalah disebabkan kegagalan sitem pendidikan kita, kerana semuanya bermula dengan pendidikan samada di rumah atau sekolah.

Now when I came to Rantau Abang Beach there just left buckets of plastic bottle, polystyrene and rubbish. Turtle no more want to come at Terengganu. They were tried to find other beaches that may help them to ensure the survival of their descent.

Ramai menyangka ayat di atas di tulis oleh murid sekolah rendah kelas C, tapi sebenarnya ia ayat seorang mahasiswa IPTA Malaysia. Bakal pekerja gomen?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s