Perlukan pembantu rumah?

Masalah pembantu rumah dan realiti baru kelas pertengahan
Oleh Joan Lau dan Lydia Koh ogos 5, 2012

KUALA LUMPUR, 5 Ogos – Bercakaplah dengan mana-mana keluarga kelas pertengahan selain daripada topik kejatuhan nilai ringgit, kebanyakannya akan mengadu tentang bagaimana sukarnya untuk mendapatkan pembantu rumah hari ini.

Kira-kira 300,000 wanita Indonesia bekerja di sini sebagai pembantu rumah sebelum sekatan oleh Indonesia dikuatkuasakan kira-kira tiga tahun lalu.

Sekatan ke atas pembantu rumah pada tahun 2009 berikutan banyak aduan penderaan. Hanya pada Disember lepas, wanita-wanita Indonesia sekali lagi dibenarkan untuk bekerja di Malaysia sebagai pembantu rumah tetapi kedatangan mereka telah tertangguh selama berbulan-bulan.

Jadi apa masalah yang sebenarnya di sini? Adakah kerajaan Indonesia yang menghalang wanitanya atau faktor lain yang lebih menarik … mereka lebih suka negara lain dari Malaysia?

Dengan ekonomi Indonesia melonjak ke hadapan – Tahun lepas sahaja, pelaburan asing langsung (FDI) mereka mencecah rekod US $ 19.3 bilion (RM60.2 bilion) dan eksport meningkat sebanyak 29 peratus – kini terdapat lebih banyak peluang pekerjaan di dalam negara itu sendiri.

Kemudian isu gaji yang lebih tinggi di negara-negara lain. Bandingkan S$450 (RM1, 126) iaitu gaji minima mereka dapat di Singapura dan HK$3740 (RM1, 500) gaji minima mereka dapat di Hong Kong dengan RM650 mereka akan dibayar di Malaysia, anda boleh lihat mengapa mereka lebih suka bekerja di negara-negara itu.

Fakta tambahan, mereka dapat cuti mandatori di Singapura dan Hong Kong manakala cuti mandatori di sini masih dalam perbincangan. –TMI

Fakta tambahan, Singapura dan Hong Kong negara kecil sudah tentu sumber manusianya terhad berbanding Malaysia yang besar, mustahil tak cukup sumber manusia.

Soal pembantu rumah ini ialah soal ketidak cekapan pembahagaian sumber manusia. Manusia itu dijadikan dengan pelbagai kepandaian, ada yang pandai dan ada yang bodo, itu hakikat.

Kenapa U may ask, kerana kepelbagaian kerja untuk memenuhi keperluan manusia juga, manusia bukan kena belajar ABC sahaja atau tunggu lab komputer sahaja, mereka perlu penuhi hirarki keperluan yang disarankan maslow itu dan mereka tak boleh lakukannya sendiri, maka wujudlah bermacam-macam pekerjaan.

Di Malaysia ni peliknya semua orang nak kerja gomen, jika semua rakyat Malaysia nak kerja kerajaan susah lah. Malaysia mempunyai penjawat awam tertinggi di Asia Pasifik mengalahkan negara lebih besar, miskin dan kaya darinya, ini hakikat. Manakala perkhidmatan pula tidak menggambarkan jumlah besar penjawat awam tersebut, juga hakikat.

Jadi penyelesaiannya adalah pembahagian kerja yang sesuai dengan akademik mereka berdasarkan result SPM, syor terbaik adalah seperti di bawah;

5A ke atas = Degree dan Guru
3A-4A = Diploma dan setaraf
1A-2A= Sijil dan setaraf
0A = Pembantu rumah dan buruh

*90 markah = A

Jika kerajaan tetap dengan syor di atas, masalah pengangguran dan kekurangan pekerja dalam bidang tertentu tidak akan berlaku terutama buruh ladang, buruh kasar, pekerja kilang, tukang sapu dan tukang cuci (tengok saja di KLIA siapa yang menyapu) dan akhir sekali masalah di atas, pembantu rumah.

Dan banyak kebaikkan lagi, seperti kurangnya jenayah, penyakit, masalah sosial dan PATI of course.

One thought on “Perlukan pembantu rumah?

  1. Salam Merahdanbiru
    Sampai sekarang Yong takde pembantu rumah. Semua buat sendiri. Ingat nak buat satu syarikat yang boleh beri perkhidmatan membersih rumah kira jam. Tak perlu residen. Sedang cari partner.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s