Jangan kurang ajar terhadap Karpal -A Tanasekharan

Jangan kurang ajar terhadap Karpal -A Tanasekharan
FMT
Ogos 4, 2012

BUTTERWORTH: Seorang ADUN DAP menempelak Ketua Pemuda PAS Terengganu, Mohd Nor Hamzah, kerana “kurang ajar’ apabila menyuruh Karpal Singh berhenti berpolitik kerana isu hudud parti Islamis itu.

A Tanasekharan, ADUN Bagan Dalam mengingatkan Mohd Nor bahawa Karpal mempunyai tanggungjawab Parlimen untuk memelihara dan melindungi semangat sekularisme Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata Karpal sebagai pengerusi kebangsaan DAP dan peneraju pakar undang-undang perlembagaan menjadi tanggungjawab politik beliau untuk mempertahankan hak, kepentingan dan faedah semua rakyat Malaysia, terutamanya orang bukan Islam.

“Karpal konsisten berjuang untuk keadilan, kesaksamaan dan kesamarataan untuk semua.Pendirian Islam PAS untuk melaksanakannya hudud adalah jelas bercanggah dengan Perlembagaan, “katanya kepada FMT hari ini.

Beliau berkata Karpal adalah wakil yang paling vokal secara konsisten dalam menyuarakan sebarang ancaman terhadap idealisme sekular Perlembagaan Malaysia.

Oleh itu, katanya, adalah kewajipan Karpal untuk memangkah agenda PAS yang ekstrim dan bercanggah dengan Perlembagaan, yang boleh menggugat perpaduan negara dalam jangka masa panjang.

Beliau mengingatkan Nor Hamzah untuk menunjukkan rasa hormat kepada senior seperti Karpal, berdasarkan pengalaman politik Pemimpin DAP itu.

“Dia ingat dia siapa untuk menyuruh Karpal berhenti … adakah dia layak bercakap begitu? Ia tidak sopan, tidak berasas dan tidak wajar, “kata Tanasekharan.

Alasan beliau menyeru untuk Karpal bersara daripada politik, Mohd Nor mendakwa bahawa “pandangan ketinggalan zaman” ahli politik kanan itu telah menjadi satu liabiliti kepada Pakatan Rakyat. —FMT

Pakatan tidak perlu isu ini di saat PRU semakin hampir.

Kiter hairan, semasa perbincangan dasar bersama pakatan kenapa mereka tidak beria-ia masukkan agenda hudud mereka.

Ini penting supaya ketiga-tiga parti boleh menilai samada perlu bergabung atau tidak.

Kedua, jelas sekali supaya perbalahan seperti sekarang tidak perlu berlaku di saat PRU13 semakin dekat.

Ini tidak, mereka seolah-olah pengecut sewaktu bersemuka, mereka tidak cakap apa yang mahu dan apa yang tidak mahu, bila di belakang baru berani keluar kenyataan, paling sadis keluar akhbar dan media lagi tu, kenapa hanya berani dari jauh, berjumpalah secara tertutup dan bincang semula.

Imej pakatan menjadi taruhan sekarang ini. Percakaran terbuka di saat PRU sudah dekat ibarat memberi peluru hidup kepada musuh. Sudah ada peluang untuk menang tiba-tiba ada isu yang mencacatkan menghalang.

Kenapa tidak berbincang sewaktu dasar bersama dipersetujui dahulu? Anda nilaikanlah sendiri sikap pengecut-pengecut itu (anda tahulah siapa).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s