Isu Hudud, MCA dan Gerakan cuba frame DAP

Isu Hudud, MCA dan Gerakan cuba frame DAP

Isu Hudud, MCA dan Gerakan cuba frame DAP

Lim Guan Eng Thursday, 02 August 2012 13:50

konsistensi DAP menolak hudud adalah jelas, rakyat Malaysia harus nilaikan parti mana lebih ekstrim – UMNO yang mahu hudud untuk semua atau PAS yang mahu hudud untuk Muslim sahaja.

Kerjasama DAP dan PAS dalam PR adalah atas prinsip bersetuju untuk tidak bersetuju bab hudud serta bersetuju bakal kerajaan persekutuan PR tidak akan tubuhkan negara Islam atau laksana hudud.

Ini jelas termaktub dalam polisi bersama PR yang ditanda tangani ketiga- tiga parti di mana negara Islam dan perlaksanaan hukum hudud tidak disebut. Oleh sebab itu cubaan MCA dan Gerakan untuk memalit negara Islam dan hukum hudud dalam polisis bersama PR adalah perbuatan tidak jujur dan tidak bertanggung jawab.

Tidak bertanggung jawabnya MCA dan gerakan dalam bermain sandiwara dua muka ini jelas kelihatan dalam kenyataan akhbar mereka yang menghentam DAP kononnya menyokong hudud tidak diterbitkan dalam akhbar berbahasa Melayu yang dikuasai UMNO. Sebaliknya akhbar Cina memberi liputan penuh satu muka surat kepada MCA dan Gerakan menghentam DAP akan isu hudud ini tetapi satu pun tidak diterbitkan dalam akhbar bahasa Melayu.

Dengan cuba mengaitkan DAP dengan hudud yang mana tidak benar sama sekali, kedua-dua MCA dan Gerakan seperti tolong lemparkan batu sembunyi tangan dengan cuba menutup tembelang UMNO yang mahu hudud untuk semua. Adun Kemelah Johor, Ayub Rahmat menyeru agar Johor menjadi negeri pertama laksana Hudud tulen yang tidak bersifat diskriminasi di mana bukan Islam juga terlibat. Ketua pembangkang Pulau Pinang, Azhar Ibrahim dan wanita UMNO Kepala Batas juga turut menyokong hudud untuk semua.

Dalam erti kata lain, UMNO adalah lebih ekstrimis kerana mahu hudud untuk semua berbanding PAS yang mahu hudud hanya untuk Muslim.

Baca sambungan di blog Tuan LGE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s