CUEPACS cadang KSA1M wujudkan skim pinjaman mudah penjawat awam

CUEPACS cadang KSA1M wujudkan skim pinjaman mudah penjawat awam
MARCH 25, 2013
Datuk Omar Osman
KUALA LUMPUR, 25 Mac — Koperasi Sektor Awam 1Malaysia (KSA1M) disaran mewujudkan skim pinjaman mudah untuk penjawat awam.

Dalam membuat cadangan itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Omar Osman berkata ia bagi mengelak penjawat awam daripada membuat pinjaman dari peminjam wang haram atau “along” dan agensi pinjaman yang mengenakan faedah tinggi yang dilihat membebankan. –TMI

Semakin mudah anda meminjam semakain senang anda bankrup!

Pokoknya jika ekonomi diuruskan dengan baik, pekerja biasa harusnya boleh menjalani kehidupan biasa.
Gaji/upah mestilah mampu menyaingi inflasi. Malangnya rakyat malaysia, kerajaan BN memberi tekanan kepada upah/ gaji tempatan dengan membenarkan impot buruh murah. Selepas bertahun-tahun inflasi, kini agak mustahil bagi gaji menyaingi inflasi tanpa susah payah.
Industri yang bergantung kepada buruh gaji murah sepatutnya dihapuskan lama dulu tetapi polisi mengimport buruh gaji murah menghalang pelaburan industri bernilai tinggi yang tidak bergantung kepada buruh gaji murah.
bersama polisi pendidikan yang direka untuk memundurkan rakyat, malaysia sekarang diambang kemusnahan bila mana bakat-bakat negara memilih untuk keluar dari negara ini. Kuota, ini benar-benar mengekang modal insan Malaysia, di mana bakat-bakat yang lebih pandai terpaksa memberi tempat mereka kepada bodo SPM bawah 5A atau pun skorer pakai graf yang berkhir dengan graduate bekerja dengan gomen bukan dalam bidang mereka hatta sehina kakitangan sokongan berijazah walaupun mempunyai degree hiasan dalam engine.
tanpa meritokrasi, dengan kuropsi dan DEB kita sekarang berada jauh dibelakang negara-negara lain. Tiada negara yang tidak bergerak manakala politik Malaysia memainkan tape lama yang rakyat tidak boleh berdikari tanpa mereka. Mereka skor UPSR, SPM dan degree tetapi graduate tidak boleh berdikari sendiri, melakar kejayaan atas titik peluh sendiri, berakhir dengan bekerja dengan gomen bukan dalam bidang mereka dan hanya boleh sembang kuat tentang degree tak guna mereka dalam apa-apa bidang sekali pun.

Jika tak dapat KPLI, sambung master dan jadi lecturer/tutor di kolej swasta sambil tiap2 hari komplein dengki bangsa lain kaya, menyedihkan!
Jika ketua CUEPACS seorang yang pandai dan berpendidikan, dia seharusnya boleh nampak akan masalah ini. berapa banyak hutang yang anda perlu sebelum gaji anda negatif?
Realitinya makain ramai rakyat Malaysia menjadi miskin sekarang ini melainkan mereka mengundi untuk perubahan.

3 thoughts on “CUEPACS cadang KSA1M wujudkan skim pinjaman mudah penjawat awam

  1. bak kata pakcik warong dpn kerja saya….si omar ni bg betis nk peha ..bg peha nk…….&^%$#(*&^…..naik menyampah aku tengok!!malu betol aku tengok dia ni walaupon aku bkn org kerajaan….mcm org mabuk ketum dah cara ckpnya,dia ingat malaysia ni bapak di punya!!!kerja mcm t***k,pemalas!!…..semua kat warong berdekah2 ketawa,..ada 3-4 org yg tunduk2 malu senyum2 sinis(org kerajaan lah tu))……

  2. Sampai bila nak hentikan gejala berhutang orang-orang gomen. Dek sarat dengan beban hutang disebabbkan kemudahan berhutang disediakan seolah memerangkap diri masing-masing. Budaya malas akibat tekanan hutang. Sebagai pesara kerajaan yang bertanggungjawab tentang pengurusan gaji kakitangan, boleh dikatakan 99 % orang gomen sarat dengan hutang. Baik yang profesional maupun bawahan.

    Bila Pakatan Rakyat memerintah, carilah kaedah supaya orang-orang gomen tidak memerlukan hidup dengan berhutang. Bank Rakyat adalah satu-satunya instiitusi yang mengaut keuntungan berbillion-bilion hasil memerah hutang orang-orang gomen.

    Janganlah mencipta kejayaan dengan dok kerabat atas belakang rakyat. Sepatutnya JPA memainkan peranan membela nasib orang-orang gomen. Pusingan kerja 3 tahun disatu2 tmpat pegawai wajib dipantau bagi mengelakkan budaya berhutang, gejala rasuah dalam satu2 jabatan, dan mengelak meramaikan kroni yang sampai jadi puaka duduk disatu2 jabatan.

    Kadang-kadang pengaruh hubungan secara langsung pegawai dengan pihak bank, boleh memadamkan segala bukti bagi membolehkan sipiutang meneruskan pinjaman.

    Siapa nak bela nasib orang gomen nak harapkan cuepacs, terus pakat bankrup. Ceupacs ni kerja dia macam PM jugak, dok buat kerja merapu. Hasilnya budaya kerja orang gomen jatuh ke tahap paling bawah. Pakat dok kerja sampai 60 tu semua yang penyegan lagi dungu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s