Berkhidmat untuk rakyat atau untuk keluarga?

Guru fail saman kerana dipindahkan

January 01, 2013
ALOR SETAR, 1 Jan – Seorang guru telah memfailkan saman terhadap pegawai Pendidikan Daerah Langkawi dan empat yang lain melalui pemindahan ke sekolah lain telah menyebabkan dia mengalami kemurungan tahun lepas.

Beliau mendakwa bahawa akibat daripada perpindahan itu, dia mengalami kemurungan kerana berada jauh dari isteri dan anak-anaknya yang terpaksa kekal di Langkawi kerana isterinya menjalankan perniagaan di sana. –TMI

Pemerintahan PAS Kedah baru-baru ini mendapat nama buruk. Setelah diselidiki rupa-rupanya kedah civil servants (KCS) yang diwarisi daripada kerajaan BN yang buat hal tetapi yang dapat nama busuk pemerintahan PAS Kedah?

Jika anda kerja dengan kerajaan bukankah anda sepatutnya berkhidmat untuk rakyat? Sebab itulah ia dipanggil civil servant. Anda seharusnya bersedia memberi khidmat di mana rakyat memerlukan bukannya beri khidmat kepada mak anda atau laki bini anda, kalau nak mengharapkan duit bisnis bini anda baik berhenti gomen.

Sedihnya itulah yang berlaku di Malaysia, bila interview untuk masuk kerajaan, sudikah anda berkhidmat untuk rakyat kawasan pendalaman? Semua sanggup.

Tapi bila dah dapat, tak jauh pun, hanya sabah dan sarawak, jejak sahaja kaki di sana dengan segera isi borang minta tukar balik ke bawah celah ketiak mak atau celah kangkang isteri atau suami.

Kebanyakan daripada mereka ini masuk kerajaan bukan kerana nak berkhidmat untuk rakyat sebaliknya hendak hidup senang menikmati gaji & elaun yang tinggi, senang buat pinjaman, peluang untuk ambil degree free tanpa skor SPM dan segala macam imbuhan lagi, paling penting senang nak buat bisnis luar, tuang kerja, berkira kerja, mengulor, famili first dll.

Sebab itulah anda dapati kekurangan penjawat awam di sesuatu tempat manakala ada lebihan di tempat lain, kerana apa? Kerana keengganan mereka berkhidmat untuk rakyat, sayangnya di bawah BN, mereka kebal tidak boleh dipecat.

PR selepas menang PRU13 nanti akan menghadapi masalah yang sama dihadapi PAS Kedah sekarang ini, sewajarnya kita menguatkuasakan exit policy secepat mungkin selepas menang bagi membuang penjawat awam bermasalah seterusnya menjamin perkhidmatan awam terbaik untuk rakyat.

Demi rakyat.

About these ads

One thought on “Berkhidmat untuk rakyat atau untuk keluarga?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s