Ambil graduan M’sia yang menganggur, bukan guru dari India

Ambil graduan M’sia yang menganggur, bukan guru dari India

Pada minggu lepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika lawatannya ke India mengumumkan bahawa Malaysia berminat hendak mengambil guru-guru dari negara tersebut untuk mengajar Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah kebangsaan tanahair.

KEADILAN menyokong usaha-usaha untuk memperbaiki penguasaan Bahasa Inggeris khususnya dan sistem pendidikan kita umumnya. Pun begitu, Perdana Menteri hanya membuat pengumuman tersebut tanpa memberi alasan yang kukuh bagaimana mengimport guru-guru Bahasa Inggeris dari India ke Malaysia akan menambah sebarang nilai tambahan kepada sistem pendidikan kita.

Lebih-lebih lagi, Kerajaan sewajarnya mengambil graduan-graduan TESL (Mengajar Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua) tempatan.

Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli baru-baru ini telah membangkitkan isu nasib graduan-graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) khususnya dari IPTS yang tidak menerima tawaran pekerjaan di sekolah-sekolah kebangsaan. Pada Mac 2012, Timbalan Menteri Pelajaran Dato Puad Zarkashi mengesahkan bahawa 7000 graduan ISMP belum diberikan tawaran kerja. Graduan ISMP daripada IPTS mendapati mereka tidak pun dipanggil ke temuduga meskipun mempunyai keputusan yang baik.

Saya biasa dengan isu ini memandangkan ramai graduan ini datang daripada UNITAR International University yang pernah berada di Kelana Jaya dan kini di Sunway, di mana kedua-duanya di dalam kawasan DUN saya.–SK

Kenapa agaknya graduan dari IPTS Unitar tidak diambil ke dalam KPM. Kualiti? 2/3 daripada tukang ajar english sekarang grammar hancur, vocab ulang-ulang, harap slang saja lebey, tak caya u cuba speaking ngan dorg.

Alasan yang diberi kononnya kerajaan lebih mengutamakan IPTA yakni mereka yang skor SPM untuk buat degree daripada IPTS di mana mereka yang tidak skor SPM dan tidak diterima di IPTA buat degree.

Walaubagaimanapun pada kita hujah ini dangkal sekali, kerana ada juga yang masuk IPTA dengan hanya SPM serendah 3A, so apa cerita?

Kedua kenapa ramai sahaja graduan Insaniah dalam KPM tetapi IPTS lain tidak diterima? Kenapa wujud diskriminasi begini sedangkan mereka juga tidak skor SPM tapi boleh buat degree?

Akhir sekali, adakah sistem pendidikan untuk menghasilkan modal insan dan tenaga kerja berkualiti atau lubuk pekerjaan bagi orang yang gagal dalam pelajaran (SPM sedikit A) dan terdesak (tidak dapat kerja)?

Memetik kenyataan LGE, hanya apabila kita mempunyai budaya merit dan kecemerlangan kita boleh memastikan masa hadapan yang lebih cerah untuk anak-anak kita.

Kuota bukan sahaja tidak adil kepada mereka yang skor SPM tetapi merugikan negara kehilangan mereka yang lebih berbakat, bayangkan 10A terpaksa mengorbankan tempatnya di IPTA kepada bodo SPM 3A hanya kerana kuota kaum?

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s