Universiti Thailand kalahkan Universiti Malaysia

Pendidikan kunci Malaysia lebih maju

— Hussaini Abdul Karim
The Malaysian Insider
Nov 26, 2012

NOV 26 — “Pendidikan adalah senjata yang berkuasa, kita boleh gunakanya untuk mengubah dunia.”— Nelson Mandela.

Dasar pendidikan negara telah diubah pada awal tahun 70an dan satu perubahan ketara ialah perubahan bahasa pengantarnya daripada English kepada Bahasa Malaysia. Menjelang abad ke 21, 40 tahun kemudian, the Programme for International Student Assessment’s (PISA) meletakkan malaysia di tempat ke 55 dsaripada 77 negara, Times Higher Education (THE) melaporkan kedudukan Universiti pada 2012-13 lansung tidak menyenaraikan Universiti Malaysia dalam senarai 400 Universiti dunia. Jika ini bukan disebabkan perubahan dasar dahulu jadi sebab apa lagi?

Semua negara maju tahu yang jalan kepada kemajuan ekonomi dan kehebatan global bermula dengan subjek STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik). Untuk menggalakkan lebih ramai pelajar STEM, imbuhan adalah tidak cukup. –blog Lim Kit Siang

Bagaimana pendidikan di bolehland mahu maju jika meritrocracy tidak praktiskan dalam pendidikan kita? Setiap tahun kita melihat pelajar cemerlang bukan bumiputra dengan 9A dan 10A tidak mendapat tempat di IPT tempatan kerana memberi laluan kepada pelajar bodo serendah 3A ke bawah!

Hakikatnya subjek STEM tidak boleh diajar dalam Bahasa Malaysia. Sebabnya mudah, buku rujukan semua dalam ENGLISH! Tambahan lagi termanya tidak boleh ditukar ke bahasa lain sesuka hati mak bapak korang sebab maknanya akan lari.

Masalahnya pendidikan @ bidang akademik di Malaysia dibina berdasarkan kemampuan tukang-tukang ajarnya, di mana tukand-tukang ajarnya sendiri lemah akademik maka pendidikan peringkat tinggi untuk menyangi negara lain tidak dapat dilaksanakan kerana tukang ajarnya tidak cukup pandai, contoh paling ketara PPSMI yang gagal.

Cara penyelesaian ameno sangat mudah, manjakan dan beri degree pada tukang-tukang ajar mereka dengan harapan mereka boleh jadi pandai dengan segulung kertas tak guna itu.

Sebaliknya cara penyelesaian sebenar, pendidikan kita perlukan silibus yang bagus, buku teks yang bagus dan paling penting guru yang akademiknya bagus untuk mengajar dan menjadi contoh tauladan kepada murid. Bukan silibus, buku teks berbau politik dan guru berbaur perkauman.

Sains, English dan Matematik seharusnya dijadikan subjek wajib, bukan Sejarah. Nampaknya mereka yang membuat dasar membuat keputusan patriotik bukan saintifik.

Sistem kuota masih diamalkan di IPT tempatan, begitu pula tukang ajarnya yang memilih kerja kerana terpaksa, tak skor spm masuk pusat latihan tukang ajar jadi tukang ajar, degree tak laku, sambung master jadi lecturer dan begitu lah seterusnya tanpa kesudahan.

Tidak hairanlah tida satu IPT tempatan pun disenaraikan dalam 400 ipt dunia, Singapura dapat dua the National University of Singapore No. 29 dan Nanyang Technological University no 89, Universiti Thailand dan Iran juga tersenarai.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s