Pengajaran daripada MH370

Kemalangan kapal terbang bukanlah perkara asing. Cuma di Malaysia ia jarang sangat berlaku. Kali terakhir 40 tahun dahulu disebabkan itu impak yang dirasai begitu mendalam. Malahan jika dibandingkan dengan negara China kerap lagi kemalangan kapal terbang berlaku di sana.

Justeru mempolitikkan insiden ini amatlah tidak beretika tambahan pula terdapat 139 orang Cina yang terlibat.

Pujian harus diberikan oleh DS Najib kepada DAP dan PAS yang bukan sahaja tidak mengeluarkan kenyataan memburukkan usaha SAR malahan turut sama memberi sokongan moral. Tindakan mengecualikan DAP dan PAS dalam taklimat kehilangan MH370 adalah tidak wajar.

Persoalannya sekarang apakah tindakan kerajaan selepas ini? Adakah kecuaian kakitangan seperti imigresen yang tidak menyedari passport curi digunakan dan TUDM yang tidak memintas objek terbang tidak dikenali menceroboh ruang udara negara. Adakah mereka akan dibiarkan terus bekerja mendapat bonus 2 bulan dan pinjaman perumahan dengan interest 4 percent flat? Bukankah seharusnya mereka dipecat supaya menjadi pengajaran kepada semua.

Begitu pula pengajaran kepada rakyat. Apabila misi SAR dijalankan Malaysia sebuah negara yang kaya minyak, balak dan sawit terpaksa bergantung kepada alatan canggih negara lain. Jika bukan kerana sifat boros dan rasuah pemimpin kita. Malaysia juga akan memiliki pesawat orion, kapal perang dan kapala selam canggih untuk membantu operasi SAR.

Begitu juga dengan sistem pendidikan kita. Jika berasaskan kepada kepandaian 100% bukan kepada perkauman sudah pasti kita mampu menghasilkan peralatan kita sendiri seperti China dan Pakistan. Malangnya sistem pendidikan kita ialah berdasarkan kepandaian tukang ajarnya.  Oleh sebab itu ppsmi tidak dapat dijalankan dan hasil sistem pendidikan kita ialah penjawat awam.

Malu lah orang yang mengundi BN.

Kenaikan tol tangguh?

T.S Muhiyiddin umum tol tak naik tahun ini. Kerajaan prihatin tak nak bebankan rakyat. Sejurus lepas SPR  umum tarikh PRK DUN Kajang.

Macamlah semua rakyat SPM serendah 3A masuk IPT pakai kuota,  tak boleh baca yang tersirat.

Dulu lepas BN menang PRK di Terengganu minyak naik sedangkan menteri keluarkan kenyataan dlm akhbar sebelum itu minyak takkan naik tahun itu.

Cadangan Penjimatan Kerajaan

1. Kurangkan 3rd party (vendor) gembelingkan pegawai sedia ada cth ptm untuk bina sistem.

2. Kaji balik harga kontrak kerajaan- 1 pen RM 14? Karpiap sebiji RM3? RMT 10k sebulan.

3. Kurangkan PA satu pejabat kecil sampai 7 kerani, 1 sekolah 200orang murid sampai 30orang guru pe citer.

4. Hentikan pengambilan PA dari kelantan kedah dan Terengganu. Lebihan guru di Kelantan sahaja 30 ribu orang.

5. Kurangkan menteri dan staf – di pejabat najib sahaja ada 4000 staf. Sharizat ditolak pengundi dilantik penasihat lagi buat apa? Menteri wanita jadi tunggul?

6. Kembalikan degree berasaskan kepandaian mengurangkan hutang PTPTN. Setakat hari ini PTPTN menanggung hutang yang tinggi di samping pemberian hutang baharu setiap tahun. Pecat pengarah PTPTN tak pandai buat kerja.

Mohon ke negeri asaI terbanyak penyelesaian

Mohon ke negeri asal terbanyak

KUALA TERENGGANU 27 Nov. – Kementerian Pendidikan kini menghadapi masalah lambakan permohonan pertukaran guru yang meruncing untuk ditukarkan ke negeri asal masing-masing khususnya Kelantan, Terengganu dan Kedah. –sumber

Isu pendidikan bukan lah hak pendidik semata-mata, ia adalah hak semua terutama ibubapa. Pendidikan di bawah BN makin tidak terurus, PA di bawahnya terlalu dimanjakan macam askar zaman shah pahlevi of iran dulu yang tumbang kepada ayatollah khomeini.

Merujuk kepada perkara di atas penyelesaiannya mudah, “Hentikan pengambilan calon dari negeri2 tersebut!”, ambil sebanyak kekosongan sahaja.

Jika ada rungutan tampalkan laporan ini di dahi mereka dan minta mereka bekerja dengan ibubapa atau lakibini mereka.

Menjadi penjawat awam bukanlah bermaksud makan gaji dengan BN, tetapi berkhidmat untuk rakyat.

Perkhidmatan pendidikan boleh tempang jika ada guru2 tidak komited begini. Kanak-kanak luar bandar akan ketinggalan. Mereka hanya memikirkan masalah mereka (bawah perut), tetapi pernahkah guru2 ini terfikir akan masa depan kanak2 luar bandar?

Kiter pernah mendengar satu cerita guru perempuan yang dihantar bertugas di serawak sampai sahaja di sana mula memohon pertukaran 2x setahun! Akhirnya ditukarkan ke BM penang sebelah dengan negeri kelahirannya. Sudah dapat pindah, seringkali pula dia membuat rungutan di fb, kerja banyak, makan hati kena kerja waktu cuti dll.

Kenapa guru begini dibiarkan bermaharaja lela? Ya tuan2, kerana undi. Ingatlah Datuk Husam kalah kerana belum bertanding sudah keluarkan kenyataan PA akan diberi pindah.

Berhentilah politikkan pendidikan dan gantikanlah guru tidak layak dan tidak ada komitmen dengan generasi baru yang akademik lebih bagus dan lebih komitmen,  generasi adam adli.

Dengarlah keluhan ibubapa

Dengarlah keluhan para guru
PROF MADYA DATUK DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF
3 November 2013

Dua minggu lagi cuti sekolah bermula.

Biasanya guru-guru cukup gembira dengan percutian ini kerana mereka mempunyai masa untuk berehat dan bercuti bersama keluarga.

Tapi kali ini kegembiraan tersebut suram kerana ramai dari mereka tertekan dengan sistem baru yang digunakan oleh Kementerian, iaitu Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). ~sinar harian

 Dengarlah keluhan para guru..

Guru tak cukup rehat lagi oi kawan-kawan..

Tak payah nak compare dengan swastalah, cuba tanya penjawat awam dari jabatan lain.

Betulkah jabatan lain kerja rileks? kerja 9 jam lepas punch out boleh rileks goyang kaki sampai besok?

Betulkah?

Cuti guru berapa hari? berbanding penjawat awam lain? berapa cuti penguatkuasa yang asyik buat operasi?

cuti penggal,

1 minggu + 2minggu + 1 minggu + 6 minggu + cuti raya eid, cina, depavali, dll + cuti sukan, berapa dah semua?

Datang ajar tuisyen, jaga periksa bukankah berbayar asing daripada gaji?

satu sekolah berapa orang kakitangan bukan mengajar?

ketua kerani + kerani + kerani keewangan + opis boi + pembantu guru + juruteknik komputer + pembantu makmal = 7. 7 orang tak boleh bantu korang?

Sekarang dengar keluhan para ibu bapa pula.

Anak kami yang dah masuk IPT tapi english macam ini, sampai sekarang tak dapat kerja nak berdikari jauh sekali,

“First of all, I think this is my first attempt to write in “travel” niche after 3 years building this small site. Yes the idea was coming after I had a chance to travel to Japan – a very most East land in the world perhaps.”

Ape alasan korang? korang nak cakap anak-anak orang kampung bodoh lagi?

Hairan bila buat kajian kenapa sistem pendidikan Malaysia mundur siapa pun tidak berani high lite kan masalah sebenar iaiatu tenaga pengajar yang tidak kompeten dan siapa pun tidak berani lakukan apa-apa untuk membaikinya kerana takut hilang undi.

rehat, cuti, gaji, bonus, renovate rumah, tukar kereta, kasi alasan.

Kepeutusan mahkamah rayuan dan delay tactic

Keputusan mahkamah rayuan tolak the Herald guna nama Allah untuk merujuk kepada Jesus dan tuhan bapa di dalam agama kristian sudah dijangka.

Taktik melengah-lengahkan ini seringkali digunakan oleh UMNO dalam menangani isu-isu akidah seperti isu bawah umur masuk Islam, mereka akan tangguhkan sehingga budak itu berumur 18 sebelum menyambung perbicaraan dan berakhir dengan keputusan memihak kepada mereka.

Begitu juga dengan isu menggunakan nama Allah untuk diterjemahkan kepada tuhan bapa dan Jesus ini. Umno menangguhkan dulu hingga selepas pilihanraya sebelum menolaknya.

Kiter malas nak membincangkan soal boleh atau tidak kerana ramai ulama yang sudah kata boleh seperti Tn Guru Hj Hadi, Ustaz Azhar Idrus, Anwar Ibrahim dan Tuan guru Nik Aziz sendiri yang kemudian entah kenapa menalik balik.

Walaubagaimana pun perjuangan the Herald telah dicontohi oleh agama-agama lain yang kini sudah berani bersuara menentang diktatorship UMNO dalam agama.

Jadi kepada penganut kristian dan ameno World sabar je la tunggu sehingga PR menang barulah isu ini boleh diselesaikan secara adil.

hidup pejuang agama!!!

KAH KAH KAH